Wednesday, February 10, 2010

entah kan


entah. entah. entah.
bersosial kah aku.?
entah. entah. entah.
go feast your eyes.
i'm not mad.
i'm not jealous.
i'll be good here.
entah. entah. entah.
entah la...
:(

Tuesday, February 9, 2010

cut, cutter

memang jodoh aku dengan mounting board dan cutter. dan memang takdir aku setiap semester akan berdarah. darah haid tidak la pulak hairan untuk menepati waktu, tapi darah lain yang lebih kesah. jari aku jadi simpanan gamat seminggu. sangat sakit. boleh pinjam bahu tak.? ;(

penyibuk

aku sibuk. aku tak suka siapa-siapa atau apa-apa halang aku. aku nak selesaikan semua ini sampai aku puas hati. aku nak kumpul duit banyak-banyak sampai aku boleh bagi duit sama orang tua aku. sampai masa aku nak cari cinta. kalau takdir menyebelahi aku, aku nak panjangkan keturunan Nabi Muhammad. aku sibuk dan aku harap esok pon aku akan sibuk. aku tak mahu fikir yang lain daripada sibuk ini.

tarikh luput

sikit pon aku tidak peduli kau rasa apa pada aku. sebutkan semua kata adjektif yang kau mahu namakan, sikit pon aku tidak kecewa. biarlah aku jadi diri aku yang pentingkan diri sendiri dan sarcastic sebab aku tidak mungkin sekali teringin untuk membazirkan masa aku pada manusia yang suka membazirkan masa aku dengan perkara-perkara yang bodoh. aku tidak suka manusia yang tinggal sebumbung tetapi biadab dengan adab bermasyarakat dan kurang ajar dengan masa aku. aku tidak tahu kalau kau ada time machine yang boleh bawak kau ke minit yang lepas sebab aku memang tidak ada time machine dan masa aku bukan untuk kau eksperimen. santun aku bukan untuk kau gunakan sebagai tiket kau boleh biadap dengan adab hidup bermasyarakat. aku sungguh gembira dengan mukadimah kau, aku harap perenggan kedua dan seterusnya penutup kau akan jadi lebih menarik. biarlah adil, kau mulakan dengan mukadimah kau, biar aku akhirkan penutup cerita ini. semoga panjang umur.

Sunday, February 7, 2010

labah-labah in stomach

MJ loves Mr. Spidey.
;)

amin

my small step, for that big change. blessing is all i need. (:

nama saya Melayu

budaya Melayu gemar berkias
nak jaga hati saudara la katakan
penat berkias maksud masih tak tersampai
berterus terang lebih mudah
selesai berterus terang
dikatakan menindas perasaan saudara
apa apa lah yang saudara saudari ingin katakan
sesungguhnya aku tidak kisah seinci.

(:

Sunday, January 31, 2010

tiket sold out

kalau ikotkan nafsu kuda kuasa dua aku, pasti aku menangis setiap malam. rindukan bulan yang jauh di langit tapi dekat dalam teleskop. berubah lah rupa bulan di langit, tapi teleskop tetap di beranda. kalau hujan, teleskop aku kalis air. tapi kalis sungguh kah.? banyak barangan buatan cina yang mengaku bermutu tapi sebenarnya macam kutu. tapi aku sedang ikot kan hati. hati kata, tengok saja bulan dari bumi. kalau rindu senyum saja. sebab dunia hampir kiamat. kejar yang patut dahulu. kalau ada umur yang panjang, kejar la bulan sampai kiamat. belum sempat habis menulis, bulan penuh nampak separuh. awan malam lindung bulan aku. tak pe lah awan, bukan rezeki aku kot. mungkin esok lusa, adalah rezeki aku nak cuci mata. ubat rindu lama. kau jaga lah bulan elok-elok. aku tak pandai nak jaga bulan sebab aku hidup di bumi belum genap 20 tahun. kelas sains dulu pon aku tak cemerlang. kelas sivik lagi la. esok aku akan mula siapkan semua kerja dengan baik. sebab aku nak pergi jauh sampai paling dekat dengan bulan. sepuluh tahun lagi pon, kalau dekat dengan bulan, aku boleh kejar. selagi kiamat tak datang. selagi umur aku panjang.

306

finally rumah sewa ready untuk diduduki. alhamdulillah dah tak payah pening2 nak tumpang tempat orang lagi dah. and alhamdulillah owner rumah sangat mulia hatinya. bilik sangat selesa. dan yang penting rumah HARUS SENTIASA KEMAS. barang bertan-tan pun kalau kemas, semua akan jadi kemas. so berkemas la kita semua ye. dan adab hidup bermasyarakat; respect each other. jangan bertindak dengan kadar mencabar tahap kesabaran masyarakat lain. apa-apa pun, assalamualaikum seksyen 7.
(: